Friday, June 3, 2011

Friday Story

Well, today aku agak free. Lepas menghantar adik aku ke KLIA untuk penerbangan ke London bertujuan berjumpa dengan kakak nya disana, aku terus lepas solat jumaat pergi ke segambut. Melihat keadaan dan status angelic kesayanganku yang masih samar-samar future nya. Well, memang menghampakan, dengan tangan kanan aku yang masih belum pulih sepenuhnya, tendon koyak n jari manis ade lari alignment sikit aku redah jugak drive dari Kajang ke Segambut. Nasib baik matte grey auto.

Setelah setel melihat dan mengambil barang-barang yang tertinggal di dalam angelic, aku membuat keputusan untuk naik sekali lagi ke genting-sempah petang tu jugak. Aku nak tamatkan mane yang aku tertinggal. Berjaye jugak. Then aku setel touge petang tu., Mendapat panggilan dari Jasril Datsun 120Y. Aku naik dengan dia pulak touge Genting-Sempah again.

Di pertengahan jalan ade kelisa eksiden. Ape lagi, berhenti and kasi towtruck datang la. Di kala senja kami selamba meredah kegelapan malam hutan. Time tu la keluar KaRaK punya trailer dalam kepale. Tak gune betol. Baiklah, setelah selesai men tow kelisa itu dari genting-sempah, kami menuju ke balai polis gombak dan minum. Abang Azuri the KTM Duke R pulak ajak lepak kat Craven/Kayu Nasi Kandar joined by Master Ariel EF9.

Dekat Craven Azuri pon bukak la cerita pasal otai scrambler yang menetap di Gombak. Cikgu@Pejal the hardcore. Then barula aku tau KX250 lah mesin sebenar kejantanan Kawasaki compared to KLX250. Agak kasar bunyinye. Tapi Cikgu ni pakai KX... hee... Nama pon otai kan sampai patah gigi dek terhantuk handlebar time landing... helmet tak ikat kuat katenye... Aku memang ade bercadang pasal KTM200... taknak putus dua-dua kaki main yamaha R1 seperti yang diceritakan oleh Azuri n Enche Ariel...

Dok sambung la cerita pasal Kawasaki Versys, ER6N, Rabbit, Duke R... sume topik supermotard punya jenis... tak sabar rasanya nak try Azuri's Duke R... yummy!! By the way. Aku pon kena tarbiyah dengan dua-dua abang aku ni. Enche Ariel dan Azuri. Mungkin sudah sampai masa aku salurkan skill memandu ke arah yang betul. Bak kata Enche Ariel, "You have the skill and you can drive" dekat aku and Jasril. Mainlah secara LEGAL. Sekian untuk coretan saya hari ini... :)

0 comments:

Post a Comment